Ahad, 29 September 2013

7,000 peminat TRW tonton 'big screen' Karangkraf

Antara penyokong setia TRW yang hadir menyaksikan tayangan layar gergasi di Dataran Karangkraf, malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
LEBIH 7,000 penyokong setia The Red Warriors (TRW) hadir menyaksikan pertembungan suku akhir pertama Piala Malaysia  2013 antara Johor Darul Takzim Kelantan di Larkin yang disiarkan secara langsung menerusi skrin layar gergasi di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Seksyen 15, Shah Alam, malam tadi.

Program anjuran Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) dengan kerjasama Karangkraf dan Gempita Kelantan ini dihadiri penyokong TRW sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.

Pada pertemuan itu, Kelantan membawa bekalan tipis di laman sendiri apabila tewas 2-4 pada aksi penuh rancak dan mendebarkan.

Gol JDT dihasilkan oleh Jasazrin Jamaluddin minim-4, Norshahrul Idlan Talaha m21, Safiq Rahim m-39 dan Leonel Nunez m-80 manakala TRW memperoleh jaringan menerusi Indra Putra Mahyuddin m-23 dan Obinna Nwaneri m-49.

Kini, anak didik Bojan Hodak perlu bekerja keras menjelang saingan timbal balik di Kota Bharu, Sabtu ini jika enggan berputih mata kejohanan kali ini. - SinarHarian-

Tiada ulasan: