Ahad, 22 September 2013

Sindiket Pelaburan Palsu Tumpas

SEBAHAGIAN wang tunai yang dirampas dalam serbuan
di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth,
 Pulau Pinang Rabu lalu.
GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang menawarkan skim pelaburan dan perniagaan palsu membabitkan kerugian RM7.3 juta apabila menahan lima individu di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth dekat sini pada Rabu lepas.

Sindiket yang beroperasi sejak 2008 itu dikatakan mengumpan mangsa dengan mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor dan menyamar sebagai Datuk Seri dan Datin Seri yang diperoleh dari negeri itu.

"Ahli sindiket juga menyamar sebagai pegawai bank, peguam dan mengaku memiliki pelbagai projek perumahan termasuk dana luar negara bernilai RM6.9 bilion dari Australia," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar di sini semalam. -Kosmo!-

Tiada ulasan: