Jumaat, 18 Oktober 2013

Maut dtimbus isirong kelapa sawit

BAGAN SERAI - Misteri kehilangan seorang kelindan lori sewaktu hendak menurunkan muatan isirong kelapa sawit dari sebuah lori terungkai apabila dia ditemui tertimbus hidup-hidup di dalam timbunan isirong itu ketika sedang bekerja di sebuah kilang di Sungai Jawi, Rabu lalu.

Saksi kejadian, Farizan Ramli,32, berkata, mangsa, Mohd Rashidi Zainon,22, yang merupakan sepupunya dipercayai terjatuh dan ditimbus isirong kelapa sawit seberat 25 tan sewaktu sedang membawa turun muatan itu dari lori yang mengangkutnya.

Menurutnya, dalam kejadian jam 3 petang, dia yang memandu lori itu bersama mangsa menghantar muatan isirong kelapa sawit ke sebuah kilang untuk diproses bagi dijadikan minyak masak.

"Sewaktu kejadian, mangsa berada di bahagian dinding lori sebelah tempat duduk penumpang dan saya yang berada di lokasi bertentangan bersama-sama membuka dinding lori untuk menurunkan muatan.

"Semasa engsel yang terdapat pada dinding lori dibuka, arwah dipercayai tergelincir dan terjatuh sebelum ditimbus isirong kelapa sawit setinggi empat kaki yang menimpa dirinya.

"Setelah muatan isirong kelapa sawit selesai diturunkan, saya langsung tidak menyedari kejadian itu sehinggalah saya  mendapati kelibat arwah tiada di sekitar lokasi kejadian,"katanya sewaktu ditemui media di rumah mangsa di Parit Haji Kassim, di sini hari ini.
Catat Ulasan