Khamis, 10 Oktober 2013

Seorang terbunuh nahas pesawat MASwings di Kudat

Sebuah pesawat komersial terhempas di hadapan sebuah rumah di Kampung Sinsan Kudat hari ini.Menurut Pegawai Bomba dan Penyelamat Kudat, PBK II, Abd Mujun, seramai 16 penumpang berjaya dikeluarkan dari pesawat tersebut dan dua daripadanya cedera parah. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Seorang terbunuh dalam nahas pesawat Twin Otter MASwings terhempas di Lapangan Terbang Kudat, Sabah, kata Malaysia Airlines (MAS).
 
MAS dalam kenyataan malam ini, berkata nahas itu berlaku dalam kawasan Lapangan Terbang Kudat pada 2.50 petang.
 
Menurut kenyataan itu, jumlah yang cedera ialah lima orang dan jumlah penumpang dan krew dalam pesawat itu sebanyak 16 orang.  

MAS berkata punca nahas sedang disiasat.

 
"Fokus syarikat penerbangan ialah memastikan keselamatan dan kebajikan penumpang, krew dan pihak-pihak lain yang terjejas.
 
"MAS bersama-sama MASwings akan memantau keadaan di tempat kejadian dan memaklumkan perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.
 
Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat.
 
Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut. - SinarHarian-

Tiada ulasan: