Rabu, 10 September 2014

AirAsia sedia ambil pekerja MAS yang diberhentikan

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, bersedia mengambil sebahagian pekerja Malaysia Airlines (MAS) susulan rancangan Khazanah Nasional Bhd memberhentikan kira-kira 6,000 petugas di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu, minggu lepas.
   
Angka 6,000 orang itu mewakili kira-kira 30 peratus daripada 20,000 tenaga kerja MAS.
   
"AirAsia X dan AirAsia semakin berkembang, sudah pasti kami bersedia melakukan yang terbaik untuk menyerap seramai mungkin, dan kami sudah pun (menyerap petugas MAS).

Khamis, 27 Februari 2014

Felixia Yeap: Kenapa dengki saya tutup aurat?

Gambar dari felixiayeap.blogspot.com
SHAH ALAM - Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.

Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.

"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...

"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?

Treler terbakar secara tiba-tiba


IPOH – Seorang juru tol terkejut apabila sebuah treler yang sedang menunggu untuk membayar tol terbakar secara tiba-tiba di Plaza Tol Jelapang, Lebuh Raya Utara- Selatan arah Ipoh di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, treler tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Taiping menuju ke Ipoh terbakar di bahagian kepala lori.

Bagaimanapun, dalam insiden itu, pemandu lori berkenaan sempat lari menyelamatkan diri.