Tentang Kami



TEMINFM telah diasaskan pada penghujung tahun 2011 oleh sekumpulan anak-anak muda Kg Temin Sg. Siput (U) Perak dan dibantu oleh pihak admin Pusat Komputer Temin DotKom.

     Walaupun pada awalnya ia dibuat hanya sekadar suka-suka , namun TeminFM mengorak langkah jauh ke hadapan apabila pernah menganjurkan pelbagai event, acara dan majlis. Disamping sebagai mengisi masa lapang dan melatih minat anak-anak muda menjalani aktiviti penyampai radio (DJ), ia juga sebagai aktiviti mengeratkan silaturrahim sesama rakan khususnya buat orang Kampung Temin di perantauan dan juga untuk berkenal-kenalan sesama rakan-rakan di alam maya.

     Berkonsepkan radio online santai , pelayar internet dan jalur lebar boleh mengikuti dan mendengarkan irama muzik tanah air mahupun luar melalui blog ini disamping dapat berinteraksi secara langsung dengan penyampai yang sedang ke udara di ruangan facebook Teminfm group. Selain itu laman ini juga memuatkan info-info dan berita terkini yang dipetik daripada akhbar-akhbar utama negara untuk tatapan pembaca blog.
Semoga ruangan ini bermanfaat buat semua dan selamat mendengar diucapkan. Terima kasih. -admin

Tiada ulasan: