Khamis, 28 November 2013

Dua Perompak Maut Kemalangan

Sungai Siput - Satu kemalangan maut melibatkan sebuah kereta proton dengan sebuah lori tanah berlaku di selekoh tanah perkuburan kampung Simpang Temin.

   Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 12.30 tengahari semalam apabila sebuah kereta proton saga model baru yang dipandu oleh mangsa terbabas lalu bertembung dengan sebuah lori tanah dari arah bertentangan. Dalam kejadian itu pemandu yang cedera parah dibahagian muka disahkan mati ditempat kejadian manakala rakannya yang duduk disebelah pemandu meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.


   Menurut laporan polis dan saksi-saksi kes, kejadian berlaku sejurus selepas mangsa berjaya merampas dan melarikan sebuah kereta Proton Saga model baru bersama-sama sejumlah wang Amanah Ikhtiar bernilai RM20 ribu daripada seorang guru yang juga kakitangan Amanah Ikhtiar yang baru menjalankan tugas membuat kutipan di kampung-kampung berhampiran.

  Walaubagaimanapun mangsa hanya sempat melarikan diri dalam jarak 6 kilometer apabila kereta yang dipandu oleh mereka terlibat dalam kemalangan maut yang meragut nyawa mereka.

Walaupun begitu seorang lagi rakan perompak yang memandu kereta Proton Wira berjaya melepaskan diri.

Pengajaran : Mengambil hak orang lain itu adalah perbuatan yang dimurkai Allah dan Allah tidak redha dengan apa yg dilakukan, maka Allah Taala berkuasa untuk menghukum perbuatan mereka. - Catitan Temin.Kom .

Tiada ulasan: